Tuesday, August 26, 2008

samsung u700


Td g beli hp baru...Samsung U700..best wooo

Sunday, August 24, 2008

Bridgestone Turanza


Td g tukaq tayar keta baru..rm330 sebiji tayar....arghhh ---->68000km

Saturday, August 23, 2008

Iklan Petronas Merdeka 2008

RM2.55 a litre

PUTRAJAYA, Aug 22 (Bernama) -- The petrol and diesel price will drop by between eight sen and 22 sen respectively Saturday.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced Friday that the Cabinet had decided that the price of RON97 petrol be reduced by 15 sen to RM2.55 a litre from RM2.70, while RON92 would cost 22 sen less at RM2.40 a litre from RM2.62 a litre.

The retail price of diesel would drop by eight sen to RM2.50 a litre, he said in a statement.

The petrol price was determined by taking into account the actual price from Aug 1 to 21 and the 30 sen per litre subsidy borne by the government while the subsidy for diesel, based on the new price, was 50 sen a litre.

"The cabinet today decided to bring forward the enforcement date for adjustment of the new petrol price," he said.

Abdullah said the decision was made after taking into account the fall in the world fuel price in recent weeks and the steep rise in the inflation rate last month.

The Consumer Price Index (CPI) for last month, as announced today, rose by 8.5 per cent compared with July last year.

"It is the government's hope that the reduction in the petrol and diesel price will help ease the burden of consumers and reduce the inflationary pressure, especially on the low- and middle-income earners. The decision is also based on the current economic development," the prime minister said.

On Aug 1, the government announced that the petrol retail price till the end of the year would be adjusted on the first of every month, with the subsidy maintained at 30 sent per litre.

However, the prime minister said the adjustment formula would only be implemented if the retail price of petrol was less than RM2.70 per litre. Otherwise the price would be capped at that.

On June 5, the government raised the petrol price by 78 sen or 41 per cent from RM1.92 to RM2.70 a litre and diesel by RM1 or 63 per cent from RM1.58 to RM2.58 a litre.

At that time the world oil price was US$125 a barrel and it continued to rise to hover at US$140 a barrel at one time but has been on a downward trend since early this month.

The price was around US$115 a barrel last week and US$121 a barrel yesterday.

With today's announcement, the drop in price of RON97 petrol was 5.5 per cent, RON92 (8.4 per cent) and diesel (3.1 per cent).

-- BERNAMA

Friday, August 22, 2008

Kenduri Asfarina


Sabtu lepas g kenduri kahwin member sekolah dulu....

Thursday, August 21, 2008

Wednesday, August 20, 2008

My new Bagman



Beg kamera baru beli td kat angsana jb..rm230

Friday, August 15, 2008

Thursday, August 14, 2008

GET A MAC

click me !!!

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.'

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.'Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab Rasulullah SAW 'Suaminya.' ' Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah SAW, 'Ibunya.'

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, August 11, 2008

2nd Curiculum Test & PMR Trial Examination




Today our school had our monthly test and PMR trial exam simultaneously. Hope that they can answers the papers without any problems and get good results.

Sunday, August 10, 2008

Science & Mathematics in English



Berikut adalah kenyataan Tun Dr MAHATHIR ttg isu diatas. Petikan diambil daripada blog beliau www.chedet.com.


1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

Burung Puyuh Goreng.




Arini makan special sket. Konyang den..

Kenduri kahwin adik Najib




Td ptg jam 2.30, g jemputan kawin adik najib. Majlis diadakan d dewan felda ayer hitam. Siap ade persembahan kuda kepang lg. Tahniah buat pengantin baru. Si Najib bile plak yerk?

Saturday, August 9, 2008

Mari pegi Serdang




Ni gambar cik dali sent ptg td. Jem kat tol serdang. Dali otw g umah abg die kat serdng. Esok konvo abg dia kat mmu..rs 1 famili ikut. Tahniah kpd abg dali. Sori xtau name.

E=mc2




Nape yerk senyum2 tu..ade ape2 ke..

SeMALam yg LeBat.




Thursday, August 7, 2008

New Look...

ok x....saje nk tukar design baru

Wednesday, August 6, 2008

Tuesday, August 5, 2008

Fairuz Masuk Wad

Pagi tadi dapat berita yang Fairuz dimasukkan ke wad semalam. Sakit hulu hati katanya. Semoga cepat sembuh dan boleh mula mengajar n bersekolah semula. Pasti ketua panitia beliau merindui ketiadaan Fairuz sekarang ni.

Saturday, August 2, 2008

Anak Didik Zulkefli




Inilah anak didik kesayangan cikgu zulkefli. Sentiase taat dan setia kepadanya. Fairuz bersama2 zul memastikan panitia matematik sentiasa dalam keadaan baik n cemerlang. Tahniah

Ketua Panitia BM n Cikgu BM




Sambil dgr macroteaching, sempat lagi ambik gambar.

Sesi seterusnya..




Sesi sejarah oleh cikgu osmanizam..tajuk tanaman baru memantapkan ekonomi british

Sesi keempat- sambungan




Ustazah Farina tgh beri penerangan ttg kejadian pembentukan manusia..mempunyai istilah tersendiri bagi setiap proses pembentukan manusia tsbt..lebih terperinci daripada sains

Sesi keempat




Sesi ustazah beri macroteaching..zikir asmaulhusna

Sesi ketiga kursus




English session by cikgu wan rohana, cikgu yati n cikgu ela..presentation best gak

Sesi kedua kursus




Sesi kedua..sedang sibuk setting komputer...tajuk sajak anak laut..x paham sangat sajak..cikgu hashim dan cikgu wan rohana mendeklamasikan sajak tersebut..

Kursus Peningkatan Profesionalisme




Cikgu Razak tgh beri microteaching..tajuk geografi..seronok n menghiburkan