SERDANG 15 April — Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Sains dan Teknologi Bank Pembangunan Islam (IDB) bernilai USD100,000.
Pemilihan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan IDB di bawah kategori institusi yang telah melakukan sumbangan cemerlang dalam bidang saintifik dan teknologi kepada negara anggota.
Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada Mesyuarat Lembaga Gabenor IDB ke-34 di Ashgabat, Turkmenistan dari 2 hingga 3 Jun depan.
Presiden IDB, Dr Ahmad Mohamed Ali mengucapkan tahniah kepada UPM dan berharap agar anugerah itu akan menggalakkan lagi UPM terus mencapai kecemerlangan. — Bernama
No comments:
Post a Comment