Monday, May 18, 2009

Federer singkir Nadal

MADRID: Roger Federer akhirnya menumpaskan pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal 6-4, 6-4 untuk dimahkotakan kejuaraan Madrid Masters, awal pagi tadi.

Kemenangan Federer itu mengakhiri pertemuan lima kali dengan Nadal dan juga selepas 18 bulan sejak menyerahkan mahkota pemain nombor satu dunia kepada pemain Sepanyol itu.

Ia termasuk kekalahan Federer kepada Nadal dalam tiga siri final Grand Slam iaitu Terbuka Perancis tahun lalu, Wimbledon dan Terbuka Australia, tahun ini.
Rekod Nadal yang menang 33 kali di gelanggang tanah liat juga lebur.

Dalam permainan awal pagi tadi, Federer memperoleh dua servis 'ace' dengan menyaksikan perlawanan berlarutan 88 minit.

Federer kini mengetuai barisan pemain untuk beraksi di Terbuka Perancis yang akan bermula Ahad depan.

“Nyata saya amat gembira menang di sini. Saya bermain baik, yang sepatutnya saya lakukan untuk bertemu Rafa di gelanggang tanah liat.

"Ia bukannya mudah untuk kalahkannya tapi banyak keputusan saya ketika bermain adalah tepat," katanya.

Nadal, yang sebelum ini juara gelanggang tanah liat di Monte Carlo, Barcelona dan Rom, nyata keletihan selepas mengharungi perlawanan lebih empat jam di separuh akhir sebelum mengalahkan Novak Djokovic.

Nadal bagaimanapun masih mendahului 11-5 ke atas Federer dalam pertembungan final termasuk menang tiga kali di Roland Garros. - AFP

No comments: